Hamba.


"Ish! aku geram betul dengan budak tu! Tak pernah jaga hati orang! **** betul!!"

"Aku nak cakap kat kau 2 benda."

"Ape?!"

"1: Allah boleh sabar dengan hamba hambaNya. Kenapa kita tak boleh? 2: Kau jaga ke hati Allah? Haa?"

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kita ni hamba, bukan tuan. Sedar sikit! Hidup kita kat dunia ni kenapa?

"Tidaklah Aku, menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." [51:56]

Ok tersentap sendiri.

Manusia mengejar dunia, sedangkan akhirat itu lebih baik bagi mereka.

Jangan kita kejar dunia, biar dunia kejar kita.

***********************************************

"Boleh aku tanye?"

"Tanyelah."

"Kenapa kau sembah Allah?"

*terkedu*

"Sebab..... sebab.... sebab aku nak masuk syurgaNya. Dan taknak masuk nerekaNya."

"Tu je?"

"erm"

"Kau salah! kalau kau hanya nak syurga Dia. memang kau salah."

"Abis? Kau sembah Allah kenapa?"

"Sebab aku cinta Dia, aku nak hidup dengan redhaNya. Kalau dia tetapkan neraka untuk aku, aku tak kisah.... asal dia redha."

*tersedak* 


"Tajdid niat selagi boleh. Niat penting!"

Crush,


"Woi crush kau lalu!"

"Mane mane?!"

"Tularlah"

"Ya Allah hensemnyaaa, subhanallah!"

*pengsan*

Sesuka mana pun crush kau dekat kau. Dia still tak boleyh kalahkan cinta Allah yang esa kat kau. Percayelah, 

------------------------------------------------------------------------

"Kau ada crush tak?"

"Ade" *senyum*

"Siapa weyh?"

"Allah" *senyum semanis mungkin."

"Hek elleh, aku maksudkan lelaki lah."

"Lelaki tuh takda."

"Kau ni biar betik?! tak yah tunjuk alim sangatlah weyh."

"Salah ke aku cinta pada orang yang cipta aku yang beri aku segalanya. Nikmat makan, nikmat
bernafas. Semua dia bagi aku."

"Tapi lelaki boleh buat kau bahagia, dia bagi kau cinta sepenuh hati dia! Ohsem tau."

"Yes, dia bagi kau cinta. Dia buat kau buta... Nanti kat akhirat bukan dia akan tolong kau,
yang tolong kau tuh Allah dan Rasullah. Kau dustakan cinta dia? Sumpah kau rugi!!"

*terdiam sebentar*

"Tapi ada orang barat kata, dari kita tunggu orang yang tak cinta kan kita. Baik kita cinta
orang yang cintakan kita. Aku balaslah balik cinta dia."

"Cuba kau fikir baliklah ann. Siapa paling cinta kau?"

"Crush aku lah, dia cinta aku sepenuh jiwa dia aw. Sweet nak nazak."

"Tapi ada orang lebih cinta kau berbanding dia. Lebih sesangat."

"Siapaa seyh?"

"Allah lah :) Sejak kau lahir dia cinta kat kau. Sekeji mana pun kau dia cinta kau tau!"

"Bukti?!"

"Dia bagi kau rezeki banyak sangat. Dia bagi kau bernafas lagi tau! Kau banyak dosa pun
dia tetap bagi kau rezeki bebanyak."

*terdiam kembali*

"Tapi aku perlukan crush aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia."

"Actually, you need Him not him."

"Maka nikmat tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?" 
[55:36]









#IniKaliLah!

"Wey kau dah sedia nak sambut bulan ramadhan?"

"Sedia gituh jerla, buat apa nak sedia sangat. Baik sedia untuk raya.."

Raya bulan paling femes, kenapa?! sebab semua nak baju baru duit raya segala bagai. Bulan puasa lagi penting dari raya okay. 

-------------------------------------------------------------------

"Asal bulan ramadhan istimewa sangat?"

"Kau tahu? Bulan ramadhan, musuh ketat kita semua kena ikat.. kau bayangkan hidup aman damai 
harmoni."

*bayangkan*

"Tapi an, hawa nafsu kita tetap ada. Tapi time bulan puasa tulah kau buat amalan baik kau dapat pahala berganda. bukan senang dapat."

"Wahhhhh, ohsem ah!"

"Pastu an, ada satu malam yang di istimewa sangat sangat. Malam tuh, lebih baik dari seribu bulan. Kau dapat je malam tuh, kau macam beramal seribu bulan. Nama malam tuh, malam lailatulqadar."

"Ohsem gila bulan ramadhan. Tapi aku banyak dosa, mesti tak dapat punya."
*putus asa*

"Time bulan ramadhanlah kita ubah diri kita. Ramai dapat hidayah dalam bulan ramadhan tau."

"Allah terima ke? Aku banyak sangat dosa lah."

"Mestilah allah terima sayang oi."

".........mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya, 
tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenanankan (doa hamba-Nya)"
[11:61]

"Yeke?"

"Mestilah ye. Kau buatlah jahat camne pun, bila kau bertaubat... Allah akan maafkan. Percayalah!"

"Ya allah baiknya Dia kat kita, tapi kita selalu lupa dia."

"Tular manusia, lupa diri. Kau dah sedar an sekarang? Kau usaha untuk bertaubat, Dia mesti terima
punya percayalah."

"Terima kasih kawan" *peluk*


"Ini kali Lah kita lari dari laut jahiliyyah! Ayuh bangkit kawan."




 
All Editor Resrved to Hajar. Background credit to Encik Google :3