Do I Have A Best Friend? TT

Saya senyum, tak bermakna saya gembira.


Assalamualaikum hello hye. Today... I feel like want to share something about friends. Dalam hidup ni, semua orang ada kawan. Tak kiralah baik atau jahat. Pasti! semua orang ada. Saya juga. awak juga. Kadang-kadang kita perasan, masa kita senang, ramai yang ada. masa kita gembira dia orang pun gembira. masa kita ketawa , dia orang pun ketawa. Tapi mana dia orang masa kita susah? masa kita sedih? masa kita perlukan seseorang untuk dengar cerita kita? rintihan kita? masalah kita? semua pergi. semua lari. Semua tak sanggup untuk tolong. Sedangkan masa mereka susah, sedih , ada masalah, kita orang pertama akan tanyakan kenapa. menjadi pendengar yang paling setia . Saya terfikir, masih wujudkah kawan yang ada masa kita susah dan senang?



dalam seumur hidup saya, saya belum pernah jumpa kawan yang betul-betul ada dengan saya masa senang dan susah. saya tau dan semua orang tau, nobody is perfect. Well no one. mungkin seseorang tu tak sempurna untuk selesaikan masalah kita tapi at least dia orang boleh jadi pendengar setia dalam hidup kita. tanyakan kenapa. Akan cakap "saya tau awk tak okay, jadi jangan cakap yang awk okay" . Akan cakap "saya nampak air mata awak jatuh di sebalik senyuman palsu itu. tell me. Kenapa?" Sedih bila tau kita ni bukan sesape pada mata "kawan baik" kita tu sendiri.


Semua orang perlukan seseorang untuk mendengar masalah kita, bukan hanya mendengar masalah mereka. Tidak pun dapat selesaikan, adalah dikala masa kita perlukan. Relaxkan kita. Nasihatkan kita. Air mata jatuh bila mengenangkan saya sebenarnya seorang remaja yang sunyi. Yang tiada siapa-siapa dikala susah. Disebabkan bila saya bercerita , mereka semua tidak pernah mendengar, kerana itulah saya lebih memilih untuk pendam dalam hati. lebih memilih untuk melepaskan masalah di twitter, blog. apa sahaja yang tidak membabitkan orang lain. Dan sekarang, orang yang memahami saya macam tak ada dalam hidup.Dia macam tak mengaku saya bestfriend dia. Dia amat memahami saya. Hidup sunyi. sedih. Hati terlampau sakit. Dunia semakin gelap, air mata berterusan jatuh, semangat hilang.

I know life isn't always a bed of roses. Sometimes you must face the difficulties in life, so you will be strong. you will be tough. Sometimes you must face the "danger" so Allah will give you courageous. Cukup pada saat ni. masa ni. Detik ni. Saya akan cuba cari kawan yang betul-betul sejati. Dan saya , akan terus jadi Hajar yang sama. Di mana seorang perempuan yang lebih memilih untuk mendengar cerita orang dari ceritakan tentang diri sendiri. saya tak kesa. Saya tak mau menyusahkan sesiapa untuk dengar rintihan saya. Masalah saya. Walaupun saya betul-betul inginkan seorang kawan yang akan ada bila susah dan senang, tapi... sumpah! Yang akan ada itu nanti seorang yang begitu ikhlas dengar segalanya.

Pernah sekali saya bercerita dekat seseorang. Saya cerita. Saya harapkan dia bagi response. tapi tak! saya silap. Dia langsung tak perasan cerita saya. Dia lebih memilih untuk tukar topik. Saya rasa sangat teruk. Sedangkan cerita dia. Saya dengar dan teliti walaupun tiada kaitan dalam hidup saya. Walaupun kadang kadang cerita dia tu agak bosan dan tidak menarik. Saya teruskan mendengar. selesaikan. sebab saya bukan seorang perempuan yang suka kecilkan hati orang. Kadang-kadang kalau dia tipu, walaupun saya da tau, saya tetap diamkan sebab tak nak dia tak selesa dengan saya. malu dengan saya. saya tak tau apa yang buatkan saya jadi macam ni. mungkin inilah diri saya yang sebenar. yang "kawan-kawan" patut tau. To you, anggaplah saya ni hanya masa silam awak. Saya tak layak nak berkawan dengan awak. Awak pun dah malas nak kawan dengan sayakan? anggap jelah gambar dan buku tu sebagai tanda kenangan dalam hidup kita.  saya dah terlampau kecewa... maafkan salah saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.

dan awak.... Saya sangat kecil hati. Apa fungsi saya dalam hidup awak kalau tak nak kongsi masalah? Awak sedih saya sangatlah sedih. Memang saya tau awak tak suka dipaksa tapi at least awak tau yang saya ikhlas nak amek tau. ikhlas tolong awak. tapi saya tau.. saya tiada nilai dalam hidup awak. stranger yang hanya datang kejap dan pergi takkan kembali lagi.

"The reason I hate to story to others as they just good listener not an understander.." Entah kenapa................. saya sedih bila tiada orang percaya saya. saya cuba jadi kawan yang baik dalam hidup awak. saya tak harapkan balasan. saya cuma nak tau  saya menangis. You think you are the only one who had been hurt? Me too.... Like seriously... I Know Allah always with mee. TT


Sometimes every smile hides the thousand tears.

No comments:


 
All Editor Resrved to Hajar. Background credit to Encik Google :3