#IniKaliLah!

"Wey kau dah sedia nak sambut bulan ramadhan?"

"Sedia gituh jerla, buat apa nak sedia sangat. Baik sedia untuk raya.."

Raya bulan paling femes, kenapa?! sebab semua nak baju baru duit raya segala bagai. Bulan puasa lagi penting dari raya okay. 

-------------------------------------------------------------------

"Asal bulan ramadhan istimewa sangat?"

"Kau tahu? Bulan ramadhan, musuh ketat kita semua kena ikat.. kau bayangkan hidup aman damai 
harmoni."

*bayangkan*

"Tapi an, hawa nafsu kita tetap ada. Tapi time bulan puasa tulah kau buat amalan baik kau dapat pahala berganda. bukan senang dapat."

"Wahhhhh, ohsem ah!"

"Pastu an, ada satu malam yang di istimewa sangat sangat. Malam tuh, lebih baik dari seribu bulan. Kau dapat je malam tuh, kau macam beramal seribu bulan. Nama malam tuh, malam lailatulqadar."

"Ohsem gila bulan ramadhan. Tapi aku banyak dosa, mesti tak dapat punya."
*putus asa*

"Time bulan ramadhanlah kita ubah diri kita. Ramai dapat hidayah dalam bulan ramadhan tau."

"Allah terima ke? Aku banyak sangat dosa lah."

"Mestilah allah terima sayang oi."

".........mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya, 
tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenanankan (doa hamba-Nya)"
[11:61]

"Yeke?"

"Mestilah ye. Kau buatlah jahat camne pun, bila kau bertaubat... Allah akan maafkan. Percayalah!"

"Ya allah baiknya Dia kat kita, tapi kita selalu lupa dia."

"Tular manusia, lupa diri. Kau dah sedar an sekarang? Kau usaha untuk bertaubat, Dia mesti terima
punya percayalah."

"Terima kasih kawan" *peluk*


"Ini kali Lah kita lari dari laut jahiliyyah! Ayuh bangkit kawan."



No comments:

 
All Editor Resrved to Hajar. Background credit to Encik Google :3